--> Metodologi Popular Pedagogi Muzik
Adaptasi artikel dari: Indra Aziz
Carl Orff [1895 – 1982]
Komposer Jerman dan Pedagogi
Orff mulai mengajar di Munich pada tahun 1920-an, yang pada ketika itu, sekolah yang melatih guru dana gymnastic dan tarian cukup popular. Orff mendirikan “Guntherschule” bekerjasama dengan penari Dorothy Gunther dan menggabungkan pelajaran tarian dengan muzik. Sekolahnya itu musnah ketika perang dunia II. Setelah peperangan selesai, pemerintah Jerman memerlukan Orff untuk memfokuskan kepada pendidikan muzik, Bermula dengan pelbagai kelas muzik di Salzburg. kini Institut Orff yang berada di Salzburg mengajar calon guru muzik, dengan tujuan dapat mendidik anak-anak supaya boleh menciptakan muzik sendiri.
Matlamat Gaya Pembelajaran Orff
• Mengembangkan kemampuan anak dengan bakat muzik
• Bermain instrument, improvisasi dan mencipta muzik
• Dengan menggunakan instrument yang sederhana
• Salah satunya menggunakan instrument Gamelan dari Indonesia
Orff terkenal menggunakan instrument perkusi dalam pengajarannya. Seperti Xylophones, Metallophones, dsb.
Rumusan:
• Perlunya penglibatan yang aktif untuk mengetahui dengan lebih mendalam
• Menyanyikan pentatonic scales
• Mengerakkan tubuh, bertepuk, snapping.
• Integrasi dari menyanyi, menari, dan bermain instrument
• Menggunakan instrument muzik yang direkabentuk dengan unik
• Mengembangkan kreativiti murid.
Zoltan Kodaly [1882 – 1967]
Komposer, Muzikologi, dan Pedagogi Hungaria
Kodaly dikenal dengan karya-karya choral dan metodologi pengajaran. Kodaly memiliki tujuan memajukan pendidikan muzik untuk semua orang Hungaria. Pendidikan muzik utama dari Kodaly adalah melalui nyanyian/muzik vocal.
Fokus Utama
• Meyakini bahwa pendidikan muzik bermula dengan nyanyian
• Mengembangkan kemampuan verbal melalui nyanyian
• Kaedah menggunakan nyanyian tradisi bangsa sendiri (bahasa ibunda)
• Meyakini bahawa pendidikan muzik harus mengikuti perkembangan anak
Asas Falsafah
• Literature muzik adalah sesuatu yang dapat dilakukan dan dinikmati semua orang
• Menyanyi adalah dasar dari semua pendidikan muzik
• Pendidikan muzik harus bermula dari usia muda
• Muzik dari kebudayaan tempatan adalah alat terbaik mendidik muzik
• Hanya muzik yang mengandungi seni yang tinggi sahaja yang boleh digunakan
Shinichi Suzuki
Suzuki terkenal dengan muzik sejak usia muda. Keluarganya membuat biola, dan Suzuki dengan saudara-saudara kandungnya membentuk kumpulan violin yang lalu secara aktif pentas di Jepun.. Setelah perang dunia II, perusahaan violin milik keluarganya hancur, sejak itu Suzuki mengalihkan perhatiannya kepada pendidikan muzik. Method pendidikan muzik dari Suzuki sudah terbukti sangat efektif dalam mendidik anak-anak usia muda dalam bermain violin.
Konsep Asas
• Seluruh anggota keluarga dilibatkan dalam proses belajar muzik
• Mulai pendidikan sejak dini
• Anak memulai pendidikan dengan mengimitasi dari pendengaran
• Semua muzik yang dimainkan dihafal, membaca tidak diperhatikan untuk tahap awal
• Semua bahan pelajaran dipelajari dengan detail
Asas Kelebihan
• Pencapaian aras yang tinggi
• Pengenalan muzik yang baik sejak kecil
• Anggota keluarga yang ikut bekerjasama
Asas Kecenderungan
• Terlalu menekankan pada proses imitasi
• Mempelajari notasi muzik dengan terlambat
• Perbezaan budaya di dalam keluarga Negara yang berbeza
0 comments:
Post a Comment