Pendaftaran Untuk Pelajar MUZK3093

Salam sejahtera. Kepada semua guru pelatih yang terlibat dengan Kursus MUZK3093, anda diminta untuk mendaftar secara online DI SINI Terima Kasih. Klik DI SINI untuk melihat Guru Pelatih yang telah mendaftar

Tuesday, November 10, 2009

Pengenalan

Patricia Matusky Yamaguci
PENULIS BERSAMA PROF.DR.PATRICIA MATUSKY YAMAGUCI… ETNOMUZIKOLOGI
             Blog ini merupakan sebuah blog yang bertajuk MUZK3093 PENDEKATAN PENGAJARAN MUZIK untuk kegunaan pelajar-pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan(PISMP) Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Perempuan Melayu Melaka. Ianya digunakan untuk mengkaji bagaimana penggunaan teknologi (weblog) dapat disebatikan dengan kemahiran berfikir aras tinggi dan pembelajaran kolaboratif melalui subjek pendidikan muzik.  Selain daripada itu, weblog ini diharap dapat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar, guru-guru pelatih dan  pendidik-pendidik muzik berkongsi maklumat, idea dan pengetahuan agar perkongsian ini dapat menjana pemikiran ke arah memartabat pendidikan muzik di Malaysia . 
              Weblog ini mengandungi bahan-bahan yang terdiri daripada bahan berbentuk audio, video, teks yang boleh dijadikan panduan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti kursus ini. Selain dari itu diharap para pelajar-pelajar dan pendidik-pendidik serta penggiat muzik dapat menyumbang idea ataupun cadangan di dalam blog ini. Semoga ianya menjadi medan percambahan fikiran demi memantapkan Pendidikan Muzik di Malaysia…. Terima Kasih

0 comments:

Post a Comment

 

Pendekatan Pembelajaran Muzik Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template