Pendaftaran Untuk Pelajar MUZK3093
Wednesday, November 11, 2009
Pendekatan Pengajaran Muzik - Umum
Author: .
| Posted at: 3:16 AM |
Filed Under:
Umum
|

--> Metodologi Popular Pedagogi Muzik
Adaptasi artikel dari: Indra Aziz
Carl Orff [1895 – 1982]
Komposer Jerman dan Pedagogi
Orff mulai mengajar di Munich pada tahun 1920-an, yang pada ketika itu, sekolah yang melatih guru dana gymnastic dan tarian cukup popular. Orff mendirikan “Guntherschule” bekerjasama dengan penari Dorothy Gunther dan menggabungkan pelajaran tarian dengan muzik. Sekolahnya itu musnah ketika perang dunia II. Setelah peperangan selesai, pemerintah Jerman memerlukan Orff untuk memfokuskan kepada pendidikan muzik, Bermula dengan pelbagai kelas muzik di Salzburg. kini Institut Orff yang berada di Salzburg mengajar calon guru muzik, dengan tujuan dapat mendidik anak-anak supaya boleh menciptakan muzik sendiri.
Matlamat Gaya Pembelajaran Orff
• Mengembangkan kemampuan anak dengan bakat muzik
• Bermain instrument, improvisasi dan mencipta muzik
• Dengan menggunakan instrument yang sederhana
• Salah satunya menggunakan instrument Gamelan dari Indonesia
Orff terkenal menggunakan instrument perkusi dalam pengajarannya. Seperti Xylophones, Metallophones, dsb.
Rumusan:
• Perlunya penglibatan yang aktif untuk mengetahui dengan lebih mendalam
• Menyanyikan pentatonic scales
• Mengerakkan tubuh, bertepuk, snapping.
• Integrasi dari menyanyi, menari, dan bermain instrument
• Menggunakan instrument muzik yang direkabentuk dengan unik
• Mengembangkan kreativiti murid.
Zoltan Kodaly [1882 – 1967]
Komposer, Muzikologi, dan Pedagogi Hungaria
Kodaly dikenal dengan karya-karya choral dan metodologi pengajaran. Kodaly memiliki tujuan memajukan pendidikan muzik untuk semua orang Hungaria. Pendidikan muzik utama dari Kodaly adalah melalui nyanyian/muzik vocal.
Fokus Utama
• Meyakini bahwa pendidikan muzik bermula dengan nyanyian
• Mengembangkan kemampuan verbal melalui nyanyian
• Kaedah menggunakan nyanyian tradisi bangsa sendiri (bahasa ibunda)
• Meyakini bahawa pendidikan muzik harus mengikuti perkembangan anak
Asas Falsafah
• Literature muzik adalah sesuatu yang dapat dilakukan dan dinikmati semua orang
• Menyanyi adalah dasar dari semua pendidikan muzik
• Pendidikan muzik harus bermula dari usia muda
• Muzik dari kebudayaan tempatan adalah alat terbaik mendidik muzik
• Hanya muzik yang mengandungi seni yang tinggi sahaja yang boleh digunakan
Shinichi Suzuki
Suzuki terkenal dengan muzik sejak usia muda. Keluarganya membuat biola, dan Suzuki dengan saudara-saudara kandungnya membentuk kumpulan violin yang lalu secara aktif pentas di Jepun.. Setelah perang dunia II, perusahaan violin milik keluarganya hancur, sejak itu Suzuki mengalihkan perhatiannya kepada pendidikan muzik. Method pendidikan muzik dari Suzuki sudah terbukti sangat efektif dalam mendidik anak-anak usia muda dalam bermain violin.
Konsep Asas
• Seluruh anggota keluarga dilibatkan dalam proses belajar muzik
• Mulai pendidikan sejak dini
• Anak memulai pendidikan dengan mengimitasi dari pendengaran
• Semua muzik yang dimainkan dihafal, membaca tidak diperhatikan untuk tahap awal
• Semua bahan pelajaran dipelajari dengan detail
Asas Kelebihan
• Pencapaian aras yang tinggi
• Pengenalan muzik yang baik sejak kecil
• Anggota keluarga yang ikut bekerjasama
Asas Kecenderungan
• Terlalu menekankan pada proses imitasi
• Mempelajari notasi muzik dengan terlambat
• Perbezaan budaya di dalam keluarga Negara yang berbeza
Tuesday, November 10, 2009
SINTESIS PENDEKATAN
Author: .
| Posted at: 3:14 PM |
Filed Under:
Sintesis
|

Sintesis Kodaly, Orff dan Dalcroze
- Perbezaan pendekatan Kodaly, Orff dan Dalcroze
- Gabungan unsur Kodaly, Orff dan Dalcroze
RUJUKAN KURSUS MZU 3111
Author: .
| Posted at: 2:41 PM |
Filed Under:
Rujukan
|

Rujukan Asas | Hoge M.V. (1994). Dalcroze Eurythmics In Today’s CSchootlassroom. New York: Schott Tucker, R. (2001). Word To Play By: 15 creative music lessons using the Orff Approach. In. USA: Alfred Publishing Vajde, C. (2004). Kodaly Way To Music – Book 1. London: Boosey Hawkes. |
Rujukan Tambahan | Arvida Steen (1992) Exploring Orff- A Teachers Guide. New York: Schott Music Copration Bachmann. M.L., Dobbs, J.P.B. & Stewart, R. (ed). (1993). Dalcroze today: An education through and into music. UK:Oxford Beasly, M. Abramson R.M., Gillespie A.E & Woods D. (1986). Teaching Music In The Twentieth Century. New jersey. Prentice Hall. Choksy, L. (1998). The Kodaly method 1: comprehensive music education. (3rd ed) New Jersey: Prentice Hall Dalcroze, E.J (2001) Rhythm, Music and Education of Dalcroze eurhythmics. New York: Summy-Bichard Landis, B. & Carder, P.( ). Electic curicullum in american Music Education: Contribution of Dalcroze, Kodaly and Orff. Music Educators National conference Meacock, V.H. (1994) Dalcroze Eurhythmics in today’s music classroom. New York: Schott Saliba,K. (1997). Accent on Orff: An introductory approach. New York: Prentice Hall Wheeler. (1993). Orff & Kodaly adapted for elementary school 3E. USA: McGraw-Hill Education |
JAQUES EMILY DALCROZE
Kerangka Kursus Jaques Emily Dalcroze
|
Pengalaman Muzikal melalui Pendekatan Dalcroze
|
Aplikasi Pendekatan Dalcroze
|
Sintesis Kodaly, Orff dan Dalcroze
|
CARL ORFF
Teruskan Membaca...
Zoltan Kodaly
Author: .
| Posted at: 2:26 PM |
Filed Under:
Kerangka,
Zoltan Kodaly
|

Kerangka Kursus Zoltan Kodaly
|
Pengalaman Muzikal melalui Pendekatan Kodaly
|
Aplikasi Pendekatan Kodaly
|
Sintesis Kodaly, Orff dan Dalcroze
|
HASIL PEMBELAJARAN
Author: .
| Posted at: 2:13 PM |
Filed Under:
Hasil Pembelajaran
|

- Mengenal pasti falsafah Zoltan Kodaly, Carl Off dan Dalcroze
- Mengaplikasikan pendekatan muzik Kodaly, Orff dan Dalcroze melalui pengalaman muzikal
- Mengaplikasikan pendekatan muzik Kodaly, Orff dan Dalcroze dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik sekolah Rendah
- Mengenal pasti, kesesuaian penggunaan pendekatan muzik Kodaly, Orff dan Dalcroze dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik di Sekolah Rendah
- Membandingbeza pendekatan muzik Kodaly, Orff dan Dalcroze dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik di Sekolah Rendah
- Mensentesis pelbagai pengalaman muzik dalam pendekatan muzik Kodaly, Orff dan Dalcroze.
Nama Kursus | Pendekatan Pengajaran Muzik (Music Teaching Approaches) |
Kod Kursus | MZU3111 |
Kredit | 3(3 +0) |
Jam Kontak | 45 jam |
Bahasa Penghantar | Bahasa Melayu |
Prasyarat | Tiada |
Semester | Ketiga |
Hasil Pembelajaran |
SINOPSIS KURSUS
Author: .
| Posted at: 2:12 PM |
Filed Under:
Sinopsis
|

Kursus ini memperkenalkan pendekatan muzik Zoltan Kodaly, Carl Orff dan Jaques Dalcroze, latihan melalui aktiviti muzikal dalam nyanyian lagu-lagu rakyat, permainan alat muzik, aktiviti muzikal dalam pergerakan yang berpusatkan pelajar.
This course is an introduction to Zoltan Kodaly, Carl Orff and Jaques Dalcroze ,music approachesis method focuses on musical activities carried out for a clearer understanding of music concepts, singing folk songs, playing of musical instruments and music movement activities enables an effective understanding of the approaches.
Pengenalan
Author: .
| Posted at: 2:11 PM |
Filed Under:
Pengenalan
|


PENULIS BERSAMA PROF.DR.PATRICIA MATUSKY YAMAGUCI… ETNOMUZIKOLOGI
Blog ini merupakan sebuah blog yang bertajuk MUZK3093 PENDEKATAN PENGAJARAN MUZIK untuk kegunaan pelajar-pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan(PISMP) Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Perempuan Melayu Melaka. Ianya digunakan untuk mengkaji bagaimana penggunaan teknologi (weblog) dapat disebatikan dengan kemahiran berfikir aras tinggi dan pembelajaran kolaboratif melalui subjek pendidikan muzik. Selain daripada itu, weblog ini diharap dapat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar, guru-guru pelatih dan pendidik-pendidik muzik berkongsi maklumat, idea dan pengetahuan agar perkongsian ini dapat menjana pemikiran ke arah memartabat pendidikan muzik di Malaysia . Weblog ini mengandungi bahan-bahan yang terdiri daripada bahan berbentuk audio, video, teks yang boleh dijadikan panduan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti kursus ini. Selain dari itu diharap para pelajar-pelajar dan pendidik-pendidik serta penggiat muzik dapat menyumbang idea ataupun cadangan di dalam blog ini. Semoga ianya menjadi medan percambahan fikiran demi memantapkan Pendidikan Muzik di Malaysia…. Terima Kasih
Subscribe to:
Posts (Atom)