Pendaftaran Untuk Pelajar MZU 3111

Salam sejahtera. Kepada semua guru pelatih yang terlibat dengan Kursus MZU 3111 di bawah kendalian Pn.Edna, anda diminta untuk mendaftar secara online DI SINI Terima Kasih. Klik DI SINI untuk melihat Guru Pelatih yang telah mendaftar

Wednesday, November 11, 2009

Dancing Song oleh Zoltan Kodaly - Koir Salt Lake

Teruskan Membaca...

Pendekatan Pengajaran Muzik - Umum


Metodologi Popular Pedagogi Muzik
Adaptasi artikel dari: Indra Aziz
Carl Orff [1895 – 1982]
Komposer Jerman dan Pedagogi

Orff mulai mengajar di Munich pada tahun 1920-an, yang pada ketika itu, sekolah yang melatih guru dana gymnastic dan tarian cukup popular. Orff mendirikan “Guntherschule” bekerjasama dengan penari Dorothy Gunther dan menggabungkan pelajaran tarian dengan muzik. Sekolahnya itu musnah ketika perang dunia II. Setelah peperangan selesai, pemerintah Jerman memerlukan Orff untuk memfokuskan kepada pendidikan muzik, Bermula dengan pelbagai kelas muzik di Salzburg. kini Institut Orff yang berada di Salzburg mengajar calon guru muzik, dengan tujuan dapat mendidik anak-anak  supaya boleh menciptakan muzik sendiri.
Matlamat Gaya Pembelajaran Orff
•    Mengembangkan kemampuan anak dengan bakat muzik
•    Bermain instrument, improvisasi dan mencipta muzik
•    Dengan menggunakan instrument yang sederhana
•    Salah satunya menggunakan instrument Gamelan dari Indonesia
Orff terkenal menggunakan instrument perkusi dalam pengajarannya. Seperti Xylophones, Metallophones, dsb.
Rumusan:
•    Perlunya penglibatan yang aktif untuk mengetahui dengan lebih mendalam
•    Menyanyikan pentatonic scales
•    Mengerakkan tubuh, bertepuk, snapping.
•    Integrasi dari menyanyi, menari, dan bermain instrument
•    Menggunakan instrument muzik yang direkabentuk dengan unik
•    Mengembangkan kreativiti murid.


Zoltan Kodaly [1882 – 1967]
Komposer, Muzikologi, dan Pedagogi Hungaria
Kodaly dikenal dengan karya-karya choral dan metodologi pengajaran. Kodaly memiliki tujuan memajukan pendidikan muzik untuk semua orang Hungaria. Pendidikan muzik utama dari Kodaly adalah melalui nyanyian/muzik vocal.
Fokus Utama
•    Meyakini bahwa pendidikan muzik bermula dengan nyanyian
•    Mengembangkan kemampuan verbal melalui nyanyian
•    Kaedah menggunakan nyanyian tradisi bangsa sendiri (bahasa ibunda)
•    Meyakini bahawa pendidikan muzik harus mengikuti perkembangan anak
Asas Falsafah
•    Literature muzik adalah sesuatu yang dapat dilakukan dan dinikmati semua orang
•    Menyanyi adalah dasar dari semua pendidikan muzik
•    Pendidikan muzik harus bermula dari usia muda
•    Muzik dari kebudayaan tempatan adalah alat terbaik mendidik muzik
•    Hanya muzik yang mengandungi seni yang tinggi sahaja yang boleh digunakan

Shinichi Suzuki

Suzuki terkenal dengan muzik sejak usia muda. Keluarganya membuat biola, dan Suzuki dengan saudara-saudara kandungnya membentuk kumpulan violin yang lalu secara aktif pentas di Jepun.. Setelah perang dunia II, perusahaan violin milik keluarganya hancur, sejak itu Suzuki mengalihkan perhatiannya kepada pendidikan muzik. Method  pendidikan muzik dari Suzuki sudah terbukti sangat efektif dalam mendidik anak-anak usia muda dalam bermain violin.
Konsep Asas
•    Seluruh anggota keluarga dilibatkan dalam proses belajar muzik
•    Mulai pendidikan sejak dini
•    Anak memulai pendidikan dengan mengimitasi dari pendengaran
•    Semua muzik yang dimainkan dihafal, membaca tidak diperhatikan untuk tahap awal
•    Semua bahan pelajaran dipelajari dengan detail
Asas Kelebihan
•    Pencapaian aras yang tinggi
•    Pengenalan muzik yang baik sejak kecil
•    Anggota keluarga yang ikut bekerjasama
Asas Kecenderungan
•    Terlalu menekankan pada proses imitasi
•    Mempelajari notasi muzik dengan terlambat
•    Perbezaan budaya di dalam keluarga Negara yang berbeza

Teruskan Membaca...

Dalcroze: Powerpoint

DALCROZE                                                                                                                                              



Teruskan Membaca...

Tuesday, November 10, 2009

Zoltan Kodaly-Powerpoint

Teruskan Membaca...

Carl Orff - Powerpoint

Teruskan Membaca...

Slide Powerpoint





Teruskan Membaca...

SINTESIS PENDEKATAN


Sintesis Kodaly, Orff dan Dalcroze
  • Perbezaan pendekatan Kodaly, Orff dan Dalcroze
  • Gabungan unsur Kodaly, Orff dan Dalcroze

Teruskan Membaca...

RUJUKAN KURSUS MZU 3111


Rujukan
Asas
Hoge M.V. (1994).  Dalcroze Eurythmics In Today’s CSchootlassroom. New York: Schott
Tucker, R. (2001). Word To Play By: 15 creative music lessons using the Orff Approach. In. USA: Alfred Publishing
Vajde, C. (2004). Kodaly Way To Music – Book 1. London: Boosey Hawkes.
Rujukan
Tambahan
Arvida Steen (1992) Exploring Orff- A Teachers Guide. New York: Schott Music Copration
Bachmann. M.L., Dobbs, J.P.B. & Stewart, R. (ed). (1993). Dalcroze today:  An education through and into music. UK:Oxford
Beasly, M. Abramson R.M., Gillespie A.E & Woods D. (1986). Teaching Music In The Twentieth Century. New jersey. Prentice Hall.
Choksy, L. (1998). The Kodaly method 1: comprehensive music education. (3rd ed) New Jersey: Prentice Hall
Dalcroze, E.J (2001) Rhythm, Music and Education of Dalcroze eurhythmics. New York: Summy-Bichard
Landis, B. & Carder, P.(    ). Electic curicullum in american Music Education: Contribution of Dalcroze, Kodaly and Orff. Music Educators National conference
Meacock, V.H. (1994) Dalcroze Eurhythmics in today’s music classroom. New York: Schott
Saliba,K. (1997). Accent on Orff: An introductory approach.  New York: Prentice Hall
Wheeler. (1993). Orff & Kodaly adapted for elementary school 3E. USA: McGraw-Hill Education




Teruskan Membaca...

JAQUES EMILY DALCROZE

 Kerangka Kursus


Jaques Emily Dalcroze dalcroze
  • Latar Belakang
  • Falsafah Dalcroze
Pengalaman Muzikal melalui Pendekatan Dalcroze
  • Eurhymics, solfage dan improvisasi
  • Bahan Muzikal untuk aktiviti Eurhythmics, Solfage dan Improvisasi yang diadaptasi dan bersesuaian dengan budaya dan konteks tempatan
  • Pembelajaran konsep muzik melalui Pendekatan Dalcroze

Aplikasi Pendekatan Dalcroze
  • Rancangan aktiviti muzikal yang sesuai untuk pelajar sekolah rendah
  • Pelaksanaan aktiviti muzikal yang sesuai untuk pelajar sekolah rendah

Sintesis Kodaly, Orff dan Dalcroze
  • Perbezaan pendekatan Kodaly, Orff dan Dalcroze
  • Gabungan unsur Kodaly, Orff dan Dalcroze
Teruskan Membaca...

CARL ORFF

orff2 Kerangka Kursus


Carl Orff
  • Latar Belakang
  • Falsafah Carl Orff
Pengalaman Muzikal melalui Pendekatan Orff
  • Proses Orff (Imitasi, Eksplorasi, Improvisasi dan Literasi)
  • Peralatan Muzik Orff (suara, badan dan peralatan muzik
  • Bahan muzikal yang diadaptasi dan bersesuaian dengan budaya dan konteks tempatan
  • Pembelajaran konsep muzik melalui Pendekatan Orff
Aplikasi Pendekatan Orff
  • Rancangan aktiviti muzikal yang sesuai untuk pelajar sekolah rendah
  • Pelaksanaan aktiviti muzikal yang sesuai untuk pelajar sekolah rendah
Sintesis Kodaly, Orff dan Dalcroze
  • Perbezaan pendekatan Kodaly, Orff dan Dalcroze
  • Gabungan unsur Kodaly, Orff dan Dalcroze
Teruskan Membaca...

Zoltan Kodaly



Kerangka Kursus


Zoltan Kodaly
  • Latar Belakang
  • Falsafah Kodaly
Pengalaman Muzikal melalui Pendekatan Kodaly
  • Teknik dalam Pendekatan Kodaly (Solfa, isyarat tangan, notasi lidi dan sebutan irama)
  • Komponen Kodaly (nyanyian, aktiviti berurutan, pengahazan, pendegaran dalaman dan improvisasi
  • Bahan muzikal, terutamanya muzik rakyat yang diadaptasi dan bersesuaian dengan budaya dan konteks tempatan
  • Aktiviti muzikal-pembelajaran konsep muzik melalui pendekatan Kodaly

Aplikasi Pendekatan Kodaly
  • Rancangan aktiviti muzikal yang sesuai untuk pelajar sekolah rendah
  • Pelaksanaan aktiviti muzxikal yang sesuai untuk pelajar sekolah rendah


Sintesis Kodaly, Orff dan Dalcroze
  • Perbezaan pendekatan Kodaly, Orff dan Dalcroze
  • Gabungan unsur Kodaly, Orff dan Dalcroze

Teruskan Membaca...

HASIL PEMBELAJARAN

    Nama Kursus

    Pendekatan Pengajaran Muzik

    (Music Teaching Approaches)

    Kod Kursus

    MZU3111

    Kredit

    3(3 +0)

    Jam Kontak

    45 jam

    Bahasa Penghantar

    Bahasa Melayu

    Prasyarat

    Tiada

    Semester

    Ketiga

    Hasil Pembelajaran

    1. Mengenal pasti falsafah Zoltan Kodaly, Carl Off dan Dalcroze
    2. Mengaplikasikan pendekatan muzik Kodaly, Orff dan Dalcroze melalui pengalaman muzikal
    3. Mengaplikasikan pendekatan muzik Kodaly, Orff dan Dalcroze dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik sekolah Rendah
    4. Mengenal pasti, kesesuaian penggunaan pendekatan muzik Kodaly, Orff dan Dalcroze dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik di Sekolah Rendah
    5. Membandingbeza pendekatan muzik Kodaly, Orff dan Dalcroze dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik di Sekolah Rendah
    6. Mensentesis pelbagai pengalaman muzik dalam pendekatan muzik Kodaly, Orff dan Dalcroze.
Teruskan Membaca...

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini memperkenalkan pendekatan muzik Zoltan Kodaly, Carl Orff dan Jaques Dalcroze, latihan melalui aktiviti muzikal dalam nyanyian lagu-lagu rakyat, permainan alat muzik, aktiviti muzikal dalam pergerakan yang berpusatkan pelajar.

This course is an introduction to Zoltan Kodaly, Carl Orff and Jaques Dalcroze ,music approachesis method focuses on musical activities carried out for a clearer understanding of music concepts, singing folk songs, playing of musical instruments and music movement activities enables an effective understanding of the approaches.

Teruskan Membaca...

Pengenalan

Patricia Matusky Yamaguci
PENULIS BERSAMA PROF.DR.PATRICIA MATUSKY YAMAGUCI… ETNOMUZIKOLOGI
             Blog ini merupakan sebuah blog yang bertajuk MZU3111:PENDEKATAN PENGAJARAN MUZIK untuk kegunaan pelajar-pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan(PISMP) Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Ilmu Khas. Ianya digunakan untuk mengkaji bagaimana penggunaan teknologi (weblog) dapat disebatikan dengan kemahiran berfikir aras tinggi dan pembelajaran kolaboratif melalui subjek pendidikan muzik.  Selain daripada itu, weblog ini diharap dapat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar, guru-guru pelatih dan  pendidik-pendidik muzik berkongsi maklumat, idea dan pengetahuan agar perkongsian ini dapat menjana pemikiran ke arah memartabat pendidikan muzik di Malaysia . 
              Weblog ini mengandungi bahan-bahan yang terdiri daripada bahan berbentuk audio, video, teks yang boleh dijadikan panduan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti kursus ini. Selain dari itu diharap para pelajar-pelajar dan pendidik-pendidik serta penggiat muzik dapat menyumbang idea ataupun cadangan di dalam blog ini. Semoga ianya menjadi medan percambahan fikiran demi memantapkan Pendidikan Muzik di Malaysia…. Terima Kasih
Teruskan Membaca...
 

Pendekatan Pembelajaran Muzik Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template